KUMPULAN WANG PINJAMAN PERTUBUHAN PELADANG (K3P)
KUMPULAN WANG PINJAMAN PERTUBUHAN PELADANG (K3P)
Kumpulan Wang Pinjaman Pertubuhan Peladang (K3P) merupakan Kumpulan Wang Pinjaman Pertubuhan Peladang, Lembaga Pertubuhan Peladang (LPP) yang pada asalnya dikenali sebagai Akaun Kumpulan Modal Pusingan Pembangunan Pertubuhan Peladang.
Kumpulan Wang ini merangkumi kesemua bayaran balik pokok pinjaman, bayaran perkhidmatan, bayaran memproses serta segala penerimaan wang untuk LPP dan lain-lain bayaran berkaitan yang telah dan akan diperolehi daripada projek-projek dan aktiviti-aktiviti komersial yang dibiayai dalam bentuk pinjaman daripada K3P termasuklah kewangan yang diperuntukkan oleh Lembaga bagi tujuan modal pusingan projek-projek pembangunan Pertubuhan Peladang (PP) dan syarikat-syarikat milik penuh PP. (lagi…)
Add comment Mac 30, 2010
YAYASAN PELAJARAN PELADANG
Yayasan Pelajaran Peladang (YPP) telah didaftarkan pada 23 Mei 1995 oleh Pendaftar Pertubuhan Peladang sebagai satu kaedah dibawah Perkara 49 (xv) Perlembagaan Pertubuhan Peladang Kebangsaan setelah dipersetujui dalam Mesyuarat Agung NAFAS pada 20 Disember 1994.
Add comment Oktober 19, 2009
MAJLIS PEMBANGUNAN PERTANIAN KAWASAN PARLIMEN (MPPP)
Dengan prinsip 1Malaysia “Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan” kerajaan telah bersetuju menubuhkan Majlis Pembangunan Pertanian Kawasan Parlimen (MPPP) di semua 222 kawasan parlimen bagi mengukuhkan perlaksanaan pembangunan industri pertanian negara hingga ke akar umbi dan meningkatkan pendapatan petani serta mengurangkan kadar kemiskinan.
(lagi…)
17 comments Oktober 19, 2009
